Supermodel terkenal, Bella Hadid kini kembali solo selepas putus cinta dengan kekasihnya Adan Banuelos.

Bella, 29, menutup episod cinta dengan Banuelos, seorang atlet ekuestrian selepas dua tahun menjalin hubungan.
Pasangan itu pernah muncul bersama di acara Dallas untuk promosi wangian Bella, dan beliau juga dikatakan memindahkan gaya hidupnya ke Texas demi si cowboy kacak itu.

Ketika cintanya semakin bersemi, Bella pernah meluahkan hasrat untuk membesarkan keluarga.
“Keluarga adalah fokus saya. Saya tak sabar nak jadi ibu,” katanya.

Bella turut menjelaskan bahawa keinginannya untuk mempunyai anak lebih penting berbanding berkahwin.

Sejak kecil, dia tidak pernah memasang impian tentang perkahwinan, sebaliknya lebih jelas membayangkan dirinya sebagai seorang ibu.
Beliau sedar bahawa menjadi ibu adalah sesuatu yang benar-benar untuk dirinya sendiri dan percaya ia akan memberinya kebahagiaan sebenar. – BOOM!









