Hubungan antara pelakon Sex and the City yang pernah rapat iaitu Chris Noth dan Sarah Jessica Parker kini menjadi tajuk panas selepas Noth membuka mulut mengenai hubungan mereka yang kini dingin.

Ini berlaku selepas kontroversi besar yang membabitkan beberapa dakwaan serangan seksual membabitkan pelakon itu muncul pada pada 2021.
Dalam satu temubual terbaru di podcast Really Famous with Kara Mayer Robinson, Noth mengaku bahawa dia terkejut dan terluka terhadap tindakan Sarah yang tidak pernah menghubunginya secara peribadi sebelum menyokong wanita yang tampil membuat tuduhan tersebut.
“Kami sudah tidak berkawan lagi dan ia amat jelas,” katanya dipetik Hungama Express.

Beliau berkata, dia sangat kecewa kerana tidak pernah diberi peluang untuk menjelaskan versi ceritanya sebelum kenyataan dikeluarkan.

Bagaimanapun, Noth yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap tiga wanita menafikan dakwaan terbabit dengan menyatakan beliau tidak akan berani untuk bertindak melampau batas. – Boom!








