Syed Saddiq tetap berasa bangga dengan kesungguhan anak Bella Astillah, Mohamad Ayden Adrean, meskipun misi menawan puncak Gunung Kinabalu tidak kesampaian akibat cuaca tidak mengizinkan.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, pendakian tahun ini lebih bermakna kerana Ayden yang mendapat julukan Iron Kid turut menjayakan cabaran tersebut bersama mereka.
“Tahun ni istimewa sebab ada Iron Kid join sekali,”
katanya.
Dalam pendakian tersebut, mereka dilaporkan berada lebih awal berbanding pendaki lain, dengan kumpulan Syed Saddiq mendahului empat jam di hadapan.

Akaun Instagram jenama yang menaja pakaian Bella dan Syed Saddiq untuk misi tersebut turut mengesahkan pendakian terpaksa dihentikan akibat cuaca tidak menentu.
“Bukan rezeki kita, cuaca tidak mengizinkan,”
kata hantaran tersebut.
Sementara itu, seorang pencipta kandungan dari AS dikenali sebagai Terry Pernell turut memuji kecekalan dan tahap disiplin dimiliki Ayden meskipun usianya baru mencecah 9 tahun.
“Berpeluang bertemu legenda sejati ketika mendaki Gunung Kinabalu. Tenang, langkahnya konsisten namun tanpa disangka dia meninggalkan saya jauh di belakang,”
katanya di TikTok awal pagi tadi.

Sebelum ini, Syed Saddiq berjaya menamatkan cabaran Kejuaraan Ironman Dunia 2025 yang berlangsung di Nice, Perancis. Ketiga-tiga disiplin melibatkan renangan sejauh 3.8 kilometer, kayuhan basikal 180 kilometer dan larian maraton 42 kilometer di laluan berbukit.
Ayden pula menyertai Ironkids kategori aquathlon. -BOOM!










