Penyanyi legenda K-pop, BoA, secara rasmi mengakhiri kontraknya bersama SM Entertainment selepas 25 tahun bersama agensi berkenaan.

Menurut agensi, SM Entertainment, kontrak tersebut tamat pada 31 Disember tahun lalu dan BoA memilih untuk tidak memperbaharuinya selepas melalui perbincangan panjang dengan pihak pengurusan.
BoA, atau nama sebenarnya Kwon Bo-ah, membuat penampilan sulung pada tahun 2000 ketika berusia hanya 13 tahun dan melahirkan pelbagai lagu hits seperti Atlantis Princess, Eat You Up, Hurricane Venus dan Only One, yang mengukuhkan namanya di peringkat Asia.

SM Entertainment turut menyatakan penghargaan mereka terhadap perjalanan seni BoA:

“Kami berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan BoA yang mempesonakan. Bermula daripada penampilan sulungnya yang luar biasa hingga perkembangannya menjadi artis yang menduduki tangga teratas dalam carta serta penerbit yang berjaya.” -BOOM!









