Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman tampil mempertahankan tindakannya membuat hantaran di media sosial berhubung hutang RM30 juta membabitkan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir selepas bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu didakwa ‘melarikan diri.’

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, tindakan itu terpaksa diambil usahawan kosmetik terbabit susulan usahanya untuk menghubungi dan menjejaki Abdul Kadir selama berbulan dan bertahun gagal termasuk nombor telefon disekat.
“Bukan sehari tuan (peguam), tuan tak keluarkan modal RM30 juta tuan boleh cakap macam ini (merujuk soalan kenapa kata Abdul Kadir lari). Kalau dia tidak lari, saya tidak akan sampai ke sini (kes mahkamah),” jawabnya pada sesi soal balas peguam, Ravichandaran Selliah yang mewakili plaintif.

Harian Metro melaporkan, ketika prosiding berlangsung, Aliff Syukri selaku defendan memberitahu mahkamah bahawa beliau melaburkan RM30 juta ke dalam syarikat Buckingham ByThe-Sea Sdn Bhd (BBTS), sebuah entiti di bawah Syarikat Pembangunan Utara Sdn Bhd (PUSB) yang dimiliki Abdul Kadir, selepas termeterainya perjanjian usahasama.

Selain itu, defendan memaklumkan bahawa beliau telah melaksanakan tanggungjawab mempromosikan sebuah resort di Langkawi sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, Aliff Syukri mendakwa beliau tidak menerima sebarang bayaran hasil pelaburan mahupun perkhidmatan yang telah diberikan. –Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



