Duyung: Lagenda Aurora terus mencatat kejayaan apabila kutipan filem itu kini hampir mencecah RM1 juta sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Disember lalu. Naskhah arahan Datuk Prof. Ts. Dr. Razak Mohaideen itu mencuri perhatian kerana keberaniannya meneroka sempadan baharu penceritaan visual tempatan.

Pengkritik filem, Zaini Arjuna Hassan menyifatkan filem itu memiliki roh yang besar dan signifikan. Tambahnya lagi, filem berkenaan bukan sekadar hiburan, tetapi juga mengangkat isu sosial, alam sekitar, dan inovasi visual AI.
“Secara jujur, jiwa filem ini besar. Ia bukan sekadar legenda atau fantasi, tetapi menyentuh isu kuasa, duit, kerakusan manusia, alam sekitar dan paling relevan hari ini, penggunaan AI dalam visual,” katanya.

Beliau melihat Duyung: Lagenda Aurora sebagai eksperimen berani seorang pengarah akademik yang sanggup menguji batas industri kreatif.
“Apa yang kamera tak mampu capai, AI cuba bantu visualkan. Ini usaha memecahkan tembok lama,” jelasnya lagi.

Pengarah Institut Kempipinan dan Pembangunan (ILD), Prof. Madya Dr. Idaya Husna Mohd. turut memuji aspek hiburan filem itu.
“Saya suka filem ini. Ia sangat menghiburkan… saya ketawa dengan puas,” katanya.

Segelintir netizen pula mengakui filem itu mungkin tidak sempurna, namun keberanian mencuba, nilai nostalgia serta elemen komedi menjadikannya sebuah karya yang wajar ditonton dan dibincangkan.

Pengguna akaun @muzaffarais berkata, di sebalik kelemahan yang boleh diperbaiki, filem tersebut masih mempunyai daya tarikan untuk ditonton.
“Baru sahaja menonton Duyung: Lagenda Aurora di GSC Mid Valley. Baiklah, saya akui sinematografi dan lakonan boleh diperbaiki. Secara keseluruhan, saya tetap rasa ini filem yang bagus untuk ditonton kerana memberikan rasa nostalgia. Melihat pelakon asal Duyung seperti Maya Karin dan Saiful Apek kembali di layar bersama memang memberi pengalaman yang berbeza,” kata seorang netizen. -Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



