Usahawan dan personaliti terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) kembali mencuri perhatian peminat muzik tanah air menerusi single terbaharu, Lagu Happy, runut bunyi filem Duyung: Legenda Aurora yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 25 ini.

Lagu Happy ciptaan Syahmi Muffin dan lirik oleh Neo menampilkan melodi segar, bertenaga dan mudah diingati. Susunannya yang ringan dan vibe ceria menjadikannya lagu sing-along yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Lagu itu juga mengimbau nostalgia lagu-lagu ikonik dari filem Duyung pertama seperti Aspalela dan Yahoo.

DSV berkongsi, lagu itu lahir daripada pengalaman hidup dan falsafah peribadinya.
“Happy mencerminkan kepercayaan saya bahawa kebahagiaan adalah satu pilihan. Walau apa cabaran hidup, kita tetap berhak bergembira dan bersyukur setiap hari,” katanya.
Yang menarik, DSV muncul sebagai duyung berwarna merah jambu dalam video muzik arahan Farah Khalid, menambahkan elemen gembira dan unik pada lagu tersebut.
Lagu terbitan Nadi Studios itu kini boleh distrim di semua platform digital, manakala video muzik rasmi dijadual tayang pada 22 Disember ini. -Boom!









