Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle menjelaskan bahawa perkongsian video serta foto mesra bersama seorang lelaki di Instastory miliknya baru-baru ini bukan bertujuan mencuri perhatian.

Sebaliknya, ia sekadar perkongsian peribadi tanpa niat untuk mengundang spekulasi.
Menurut Diana, apa yang dikongsikan hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupannya dan dia memilih untuk tidak memperincikan perkara tersebut kepada umum.

Ketika ditemui media, Diana kekal berdiam diri mengenai status hubungannya dengan lelaki berkenaan.
Diana, memilih untuk tidak mendedahkan status hubungan peribadi dan hanya akan membuat pengumuman apabila tiba masa sesuai.
“Saya tak nak letak apa-apa status sama ada seseorang itu teman lelaki ataupun tidak. Nanti-nanti saya akan umumkan kalau sudah tiba waktu saya nak berkahwin. Setakat ini apa yang saya kongsikan biarlah setakat itu sahaja,” katanya dipetik mStar.

Pada masa sama, Diana menjelaskan dia kini lebih matang dalam membuat keputusan dan berharap orang ramai mendoakannya yang terbaik.
“Saya pun dah besar, bukanlah anak remaja yang baru nak berkawan dan kenal hati budi,” ujarnya.

Diana dikatakan sedang hangat bercinta selepas dilihat keluar bersama seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah. –Boom!









