Anggota kumpulan Zero, Atu, akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai spekulasi kemelut yang melanda dirinya dengan abangnya, Sharif.

Menurut Atu, hubungan mereka masih belum pulih meskipun sudah hampir dua tahun tidak bertegur sapa.
“Masih lagi dalam keadaan kekalutan di mana kami belum jumpa kata putus untuk melakukan apa-apa. Sudah hampir dua tahun kami tidak bertegur,” katanya dipetik Gempak.

Bagaimanapun, Atu menegaskan hubungannya dengan abang sulung mereka, Saiful atau Melati, berada dalam keadaan baik.
“Saya dengan abang saya, Melati, baik-baik sahaja… dia lebih matang dan banyak memberi nasihat,” katanya..

Jelas Atu, Melati sentiasa cuba mengimbangi keadaan dan mengambil pendekatan berdiam diri namun tetap memberi tunjuk ajar.
“Apa-apa pun, kerja tetap kerja. Kalau satu hari nanti kami ada rezeki untuk bersama atas pentas, kami akan bersikap profesional,” katanya.

Sebelum ini, ketiadaan Sharif dan Syaiful pada pelancaran single Tondu Atu sekitar Januari lalu mencetuskan spekulasi keretakan hubungan mereka, namun Atu menafikan perkara itu dan kini mendakwa ia bukan berpunca daripada kesilapannya. –Boom!









