Ahli kumpulan K-pop terkenal BTS, Jin, sekali lagi menunjukkan sifat dermawannya apabila menderma RM 282,000 sempena hari lahirnya hari ini, bagi menyokong kanak-kanak dan remaja kurang bernasib baik.

Menurut Yayasan Kebajikan Namgwang, sumbangan itu akan digunakan untuk pelbagai projek kebajikan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Park Do Young berkata sumbangan Jin akan menjadi hadiah yang bermakna buat mereka yang memerlukan.
“Ia ibarat rahmat buat kanak-kanak dan remaja dalam komuniti serta membawa harapan kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Jin telah lama menunjukkan minat terhadap pembangunan bakat kanak-kanak dan remaja, dan sumbangan itu adalah salah satu cara beliau membantu golongan muda memanfaatkan bakat dan peluang mereka sepenuhnya.

Selain kerja kebajikan, Jin baru sahaja menamatkan jelajah konsert solo pertamanya secara encore pada 31 Oktober.

Sementara itu, BTS dijangka membuat kemunculan semula secara penuh tahun depan.
Sumbangam itu sekali lagi menonjolkan komitmen Jin terhadap masyarakat serta usaha beliau memberi impak positif kepada generasi muda yang kurang bernasib baik. –Boom!









