Penyanyi terkenal, Ellie Goulding, kini sedang hamil anak kedua apabila secara tidak langsung muncul dengan perut yang menampakkan (baby bump) semasa menghadiri acara Fashion Awards 2025 di London kelmarin.

Penampilannya itu menarik perhatian media dan peminat di seluruh dunia.
Ellie dilihat anggun dengan gaun yang menonjolkan kehamilan, sambil tersenyum gembira sepanjang acara.

Kehadiran beliau bukan sahaja mencuri tumpuan di karpet merah, malah turut menjadi sorotan media fesyen yang memuji penampilannya yang elegan dan penuh keyakinan.

Ellie sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata, hasil perkahwinan terdahulu dengan Caspar Jopling. Penyanyi itu dipercayai sedang menjalin cinta dengan pelakon Beau Minniear.

Pengumuman itu menjadikan Ellie antara selebriti ibu muda yang terus menonjol dalam industri muzik dan fesyen, sambil membuktikan bahawa wanita boleh mengekalkan gaya dan profesionalisme walaupun sedang hamil. –Boom!









