Pelakon filem Hollywood Brad Pitt dan teman wanitanya Ines de Ramon merancang untuk menyambut Hari Kesyukuran (Thanksgiving) tahun ini secara sederhana dan tenang bersama beberapa rakan rapat sahaja.

Pasangan itu, yang mula bercinta sejak 2022, dikatakan menggemari tradisi percutian intim, dan memilih suasana suasana santai “low‑key” berbanding sambutan mewah.

Sambutan kali ini bersama kekasih menjadi lebih bermakna bagi Pitt yang menyambutnya buat kali pertama selepas pemergian ibunya, Jane Pitt, pada Ogos lalu. Beliau meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Sumber rapat memaklumkan Pitt amat menghargai sokongan Ines de Ramon sepanjang tempoh sukar ini.
Tahun ini juga menyaksikan pasangan itu berpindah masuk ke rumah baru bersama, satu langkah penting dalam hubungan mereka.

Pitt pernah berkahwin dengan Jennifer Aniston dan bercerai lima tahun kemudian. Pelakon F1 itu kemudian berkahwin dengan Angelina Jolie pada 2014 namun sah bercerai pada 2024. –Boom!









