Pelakon dan personaliti media sosial, Sharifah Sakinah, tampil menyeru orang ramai supaya berhenti menyokong jenama fesyen dalam talian yang berasal dari China.

Seruannya dibuat selepas timbul dakwaan bahawa salah satu produk dijual di platform terkenal itu dikaitkan dengan patung seks berimej kanak-kanak.

Tegasnya, dia membangkitkan isu itu kerana melibatkan prinsip kemanusiaan dan keselamatan pengguna.
“Jenama itu memudaratkan alam sekitar, malah kesihatan kita, menggunakan buruh kanak-kanak, membayar pekerja dengan upah yang sangat rendah, dan kini turut dikaitkan dengan patung seks berimej kanak-kanak,” katanya di Threads.

Beliau menegaskan masyarakat perlu lebih peka terhadap isu etika, eksploitasi buruh, dan kesan alam sekitar yang sering dikaitkan dengan jenama fesyen. –Boom!









