Bekas suami Farali Khan, Qireen Din mengesahkan dia dan pelakon itu sudah rasmi bercerai talak satu pada Oktober lalu. Pengesahan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai status rumah tangga mereka.

Menurut Qireen, perceraian itu pada mulanya dirahsiakan kerana perceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikongsikan.

Qireen menerima perceraian sebagai ketentuan Ilahi dan yakin setiap ujian ada hikmahnya dalam hidup.
“Perceraian ini bukan benda yang sangat mudah, bukan benda yang baik untuk didengari semua orang. Saat nak melafazkan, itu benda yang luar biasa, memang saya kena paksa diri saya untuk kuat sebab apa itu kebahagiaan yang isteri saya nak, saya tak OK pun kena jadi OK,” katanya dalam video dikongsi Mstar.
Qireen mengakui dia menangis dua bulan selepas talak dijatuhkan.

Beliau juga menekankan bahawa kelemahan manusia hanya dapat diperbaiki dengan kembali kepada ajaran dan panduan agama.
“Masing-masing ada kelemahan, masing-masing lemah, semua kena balik pada agama,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2022 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Menyentuh soal hak penjagaan anak, Qireen menjelaskan bahawa isu itu perlu melalui proses mahkamah secara berasingan, namun dia menerima keadaan sementara itu tanpa masalah. –Boom!









