Sekuel Rush Hour 4 kini diteruskan oleh Paramount Pictures selepas beberapa laporan media AS mendedahkan ia mendapat campur tangan Presiden AS, Donald Trump.

Paramount telah mendapatkan dana untuk Rush Hour 4 dan memeterai perjanjian pengedaran dengan Warner Bros. Discovery, yang sebelum ini memiliki francais itu di bawah syarikat New Line Cinema.
Projek itu dikatakan terkandas selama bertahun-tahun.

Projek itu memberikan isyarat kebangkitan semula francais yang pernah meraih kejayaan besar di peringkat global pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.

Namun ia turut dibayangi kontroversi, kerana pengarahnya Brett Ratner dibayangi beberapa kontroversi selepas beberapa pelakon wanita menuduhnya melakukan salah laku seksual.
Bagaimanapun, Ratner telah menafikan dakwaan tersebut dan tidak pernah didakwa.

Menurut anggaran kutipan Box Office, tiga filem pertama Rush Hour merupakan filem hit global, terutamanya di China, dengan kutipan lebih daripada $850 juta (RM3.1 bilion) di seluruh dunia. –Boom!









