Taylor Swift dan Travis Kelce dikhabarkan merancang majlis perkahwinan mewah selama tiga hari di rumah agam tepi laut Taylor di Rhode Island.

Rumah agam itu dianggarkan bernilai kira-kira 17 juta dolar.
Taylor diramalkan menampilkan gaun bertemakan diraja bagi menyerlahkan konsep perkahwinan yang romantik.

Majlis itu juga akan dikelilingi bunga-bungaan, menjadikan impian remajanya berkahwin di lautan bunga menjadi kenyataan, memetik laporan Times of India.
Persiapan majlis ini diselia secara langsung oleh ibu kedua-dua pihak, Donna Kelce dan Andrea Swift, yang terlibat dalam pelbagai perincian, termasuk dekorasi, landskap, dan pemilihan bunga.

Laporan menyebut perkahwinan itu dijangka menampilkan gabungan kemegahan Hollywood dan selebriti sukan, menjadikan majlis berkenaan antara yang paling dinanti-nantikan.
Rumah agam Rhode Island yang menjadi lokasi majlis diubah suai khusus untuk menampung taman bunga mewah, termasuk mawar, peony, hydrangea dan orkid.

Walaupun tarikh rasmi belum diumumkan, majlis dijangka berlangsung musim panas akan datang. Perkahwinan itu bukan sahaja menjadi simbol cinta Taylor dan Travis, malah memaparkan kemewahan, nostalgia dan keintiman keluarga serta rakan rapat dalam suasana eksklusif dan mewah. -Boom!









