Pelakon kanak-kanak terkenal era Home Alone, Macaulay Culkin, mengingatkan peminat namanya adalah Macaulay Macaulay Culkin Culkin, selepas menukar nama tengahnya secara sah.

Keputusan pelik itu dibuat hasil daripada tinjauan di laman webnya, BunnyEars.com, pada 2018, di mana peminat diberi pilihan untuk memilih nama tengah baru untuk aktor itu.

Bahkan ada yang tampil memberikan idea pelik termasuk The McRib Is Back, Kieran (sempena nama adiknya) dan Publicity Stunt.
Pada undian itu, pilihan nama Macaulay Culkin menang dengan majoriti peminat, dan Culkin secara rasmi mendaftar nama baru itu pada tahun 2019.

Beliau menjelaskan perkara itu pada majlis A Nostalgic Night With Macaulay Culkin sempena ulang tahun ke-35 filem Home Alone yang pernah dibintanginya, di California, AS baru-baru ini.
Culkin juga berkata, bahawa dia melakukan semua itu untuk gurauan.
Bagi Culkin, perubahan nama adalah satu cara untuk berhubung dengan peminatnya dan menunjukkan sisi humor dirinya.

Dia berseloroh bahawa apabila seseorang menegurnya di lapangan terbang, dia boleh menjawab dengan lucu: “Macaulay Culkin ialah nama tengah saya.” -Boom!









