Menjelang tarikh pernikahan mereka, pelakon Tiz Zaqyah menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila ramai yang mendoakan kelancaran urusannya untuk menamatkan zaman bujang bersama bakal suami, Nas Amer.

Menurutnya, perkara paling penting adalah restu ibu dan bapanya.
“Bergenang sahaja rasa. Terharulah… sebak bila tengok komen semua. Kita minta doa daripada semua. Mak ayah restu, jadi ayuh,” katanya.

Nas berkata, persiapan perkahwinan mereka kini hampir 50 peratus siap.
Beliau berkata, mereka sedang menguruskan persiapan bersama, termasuk hal kewangan, kerja dan jadual masing-masing.

Mengulas mengenai persiapan keluarga pula, beliau berkata semuanya sudah siap 100 peratus, namun tarikh dan lokasi majlis masih belum dimuktamadkan.
“Persiapan itu memang kami sedang lakukan bersama. Bukan senang nak bina di masjid ini, banyak persiapan nak kena buat dari segi kewangan, kerja dan jadual dia semua,” katanya dipetik Astro Gempak.

Tiz, atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak yang terkenal melalui drama Nur Kasih bakal berkahwin dengan jejaka setaman yang dikenalinya sejak kecil.
Mereka mula rapat kerana tinggal di kawasan perumahan sama dan keluarga kedua-dua pihak sudah lama saling mengenali. Hubungan itu menjadi serius sejak setahun lalu. –Boom!









