Monroe Cannon, anak perempuan kepada Mariah Carey dan Nick Cannon, menegaskan bahawa kembarnya, Moroccan, ialah satu-satunya adik lelaki yang dimilikinya.

Monroe berkata, walaupun bapanya mempunyai sepuluh lagi anak dari beberapa hubungan dengan wanita lain, mereka semua jauh lebih muda daripadanya.
Monroe dan Moroccan dilahirkan pada tahun 2011 semasa ulang tahun perkahwinan ketiga Mariah dan Cannon.

Pendekatan Monroe yang tidak bertolak ansur terhadap terhadap anak-anak bapanya yang lain mencerminkan komen ibunya baru-baru ini mengenai kerjasama dalam mengasuh anak. (co-parenting)
“Saya rasa lebih baik jika saya tidak bercakap tentangnya (Cannon) kerana dia berada di dunianya sendiri,” kata Carey kepada Gayle King semasa mempromosikan album terbarunya pada 19 September lalu.

Cannon, sebaliknya, berpendapat dia tidak bersetuju dengan konsep pengasuhan bersama.
“Saya selalu mempunyai masalah terhadap label itu (pengasuhan bersama), “ kata Cannon dalam podcast Nick @ Night pada Ogos lalu.

Menurutnya, sebagai ibu bapa, mereka tidak seharusnya meletakkan label terhadap peranan masing-masing, terutama yang berkaitan penjagaan anak.
“Kita hanyalah ibu bapa. Apabila anda mula melabel sesuatu, saya fikir ia lebih banyak mendatangkan mudarat daripada membantu kerana orang lain mempunyai tanggapan awal tentang apa yang anda lakukan,” katanya. -Boom!









