Pelakon terkenal Korea Selatan, Shin Min-a dan Kim Woo-bin, mengumumkan akan berkahwin pada 20 Disember ini di Seoul selepas sepuluh tahun menjalin hubungan.

Menurut agensi yang menaungi kedua-dua pelakon, AM Entertainment, keputusan dibuat berasaskan kepercayaan mendalam yang lama terjalin.

Agensi turut memohon supaya peminat mendoakan kedua-dua pasangan serta memberi sokongan positif menjelang perkahwinan selebriti berkenaan.
“Kami meminta sokongan hangat dan restu anda untuk masa depan mereka bersama,”

Agensi tersebut juga menekankan bahawa kedua-dua pelakon akan terus mendedikasikan diri dalam kerjaya seni demi membalas sokongan peminat.
Shin Min-a dan Kim Woo-bin pertama kali bertemu pada 2015 sewaktu penggambaran iklan pakaian. Pada Julai lalu, mereka mengesahkan hubungan itu telah berlangsung selama sepuluh tahun.

Shin Min-a, dilahirkan pada 5 April 1984, terkenal melalui drama popular seperti My Girlfriend is a Gumiho dan Tomorrow, With You. Kim Woo-bin, lahir 16 Julai 1989, mula dikenali menerusi drama School 2013 dan filem The Con Artists. –Boom!









