Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Tuntutan Seksual Vin Diesel Ditolak Mahkamah

21/11/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Exposé, Global, Selebriti
Tuntutan Seksual Vin Diesel Ditolak Mahkamah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada Rabu menolak permohonan berkaitan dakwaan serangan seksual yang dikemukakan bekas pembantu bintang Hollywood, Vin Diesel, terhadap pelakon terbabit berhubung insiden yang didakwa berlaku lebih sedekad lalu.

Hakim Daniel M. Crowley dalam hujahnya menyifatkan tuntutan Asta Jonasson sebagai “tidak boleh diterima” dan bercanggah dengan tujuan kod undang-undang negeri. 

Beliau turut menjelaskan serangan seksual didakwa berlaku di Georgia, justeru, California bukan di bawah bidang kuasa yang sesuai untuk memfailkan aduan tersebut.

Crowley berkata undang-undang California tidak boleh digunakan untuk mana-mana tuntutan plaintif. Kes itu sepatutnya dijadualkan untuk dibicarakan pada Februari tahun depan.

Peguam Asta, Matthew T. Hale dalam kenyataan, berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan “kesilapan teknikal” dan menurut beliau, mahkamah tidak membuat sebarang penilaian terhadap kebenaran dakwaan. 

“Kami dengan hormatnya tidak bersetuju. Jonasson berhasrat untuk merayu,” katanya.

Dalam tuntutan saman difailkan pada Disember 2023, Asta mendakwa, dia diserang secara seksual sewaktu berkhidmat sebagai pembantu Diesel. Peristiwa hitam itu didakwa berlaku pada 2010 sewaktu penggambaran Fast Five berlangsung di Atlanta. 

Asta mengemukakan 10 tuntutan, termasuk serangan seksual, tindakan balas dan pelbagai pelanggaran Akta Pekerjaan dan Perumahan Adil California.

Aduan itu juga menuntut tindakan terhadap syarikat penerbitan One Race Films Diesel dan presidennya, Samantha Vincent, iaitu adik perempuan Diesel. Namun, peguam Diesel, Bryan J. Freedman menafikan semua dakwaan. –Boom!

Previous Post

Elite Dedah Momen Hampir Tersungkur Dek Tekanan Populariti

Next Post

Shin Min-a, Kim Woo-bin Umum Bakal Berkahwin

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jin BTS Derma RM 282,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Sampaikan Pesanan Kepada Mualaf Bertatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Umum Fasa Pembangunan Magika Studio Masuk Fasa Komersialisasi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan 10 tahun terlerai, Nubhan, Dr Fie cerai talak dua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Asma’ Harun Beri Teguran, DOLLA Makin Parah, Memalukan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd