Penyanyi dan penari terkenal Hyuna Korea Selatan memuat naik kemas kini di Instagram untuk menenangkan peminat susulan kejadian dia pengsan di pentas.

Hyuna atau nama asalnya Kim Hyun-ah memohon maaf atas insiden yang berlaku sewaktu membuat persembahan di Festival Muzik Air Waterboom Macao semalam.
“Saya benar-benar minta maaf. Ia adalah masa yang singkat sebelum persembahan yang terdahulu. Saya mahu menunjukkan sisi saya yang baik. Tapi saya rasa saya tidak boleh jadi seorang profesional. Sejujurnya, saya tidak ingat apa-apa. Ramai peminat dari Macau muncul untuk menyaksikan persembahan. Saya benar-benar mohon maaf,” katanya dipetik Koreaboo.

Video tular menunjukkan, ketika kejadian, penari latar bergegas membantu manakala pengawal keselamatan mengangkat Hyuna turun dari pentas.

Sebelum pengsan, Hyuna berkongsi bahawa dia terlalu penat dan memuat naik gambar penimbang yang menunjukkan beratnya yang terkini adalah 49 kilogram di Instagram.

Mengulas lanjut, Hyuna berkata, mulai dari sekarang, dia akan cuba meningkatkan stamina dan bekerja keras secara konsisten.
“Kalaulah semua berjalan mengikut kehendak saya, tetapi saya akan cuba berikan yang terbaik,” katanya. -Boom!










