Aksi Rosé BLACKPINK menikmati hidangan tempatan sememangnya sentiasa dinantikan setiap kali kumpulan itu mengadakan konsert di luar negara.

Kali ini, beliau mencuri perhatian peminat apabila wajahnya terpampang di skrin besar sewaktu konsert BLACKPINK World Tour “Deadline” In Jakarta di Stadium Gelora Utama Bung Karno.
Dalam siaran secara langsung itu, Rosé dilihat menikmati sate ayam Indonesia dengan penuh selera, sekali gus membuatkan ribuan peminat bersorak teruja di dalam stadium.

Aksi spontan tersebut mencerminkan personaliti ceria dan bersahajanya, malah menjadi antara detik paling tular sepanjang konsert berlangsung.

Pada hari pertama konsert, Rosé juga dilihat mencuba nasi goreng sebelum tampil dengan persembahan solonya di pentas.
Rosé, atau nama sebenarnya Roseanne Park, tidak hanya memikat peminat dengan vokal dan pesonanya tetapi dengan caranya yang tulus menghargai cita rasa khas Indonesia.

Penyanyi kelahiran New Zealand berketurunan Korea itu turut mencapai kejayaan luar biasa menerusi lagu solonya APT, hasil kolaborasi bersama Bruno Mars, yang mendapat pujian peminat di seluruh dunia. –Boom!










