Pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise dilaporkan telah berpisah dengan pelakon jelita Ana de Armas selepas sembilan bulan bercinta.

Menurut laporan US Weekly, hubungan mereka berakhir apabila Ana dikatakan berasa tidak selesa dengan rentak hubungan yang berkembang terlalu pantas.

Pasangan itu mula rapat selepas bertemu pada Februari lalu ketika membincangkan mengenai satu projek kerja baharu.
Pertemuan tersebut membawa kepada hubungan romantik yang pada awalnya kelihatan bahagia, namun akhirnya tidak bertahan lama.

“Tom dan Ana sudah berpisah buat masa ini. Mereka mahu kekal sebagai kawan, tetapi Ana perlu mengambil langkah ke belakang.”Menurut sumber terdekat kepada US Weekly.
Difahamkan, Ana yang membuat keputusan untuk menamatkan hubungan tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan ruang peribadi.

Walaupun perpisahan itu mengejutkan peminat, kedua-duanya dikatakan berpisah secara baik dan masih saling menghormati antara satu sama lain sebagai rakan industri. -Boom!









