Pelakon terkenal Hollywood, Keanu Reeves, mendedahkan beliau hampir menggunakan nama pentas yang dianggap buruk pada awal kariernya.
Hal lucu itu dikongsikan oleh pelakon filem The Matrix berkenaan ketika muncul dalam episod terbaharu podcast New Heights bersama adik-beradik Jason dan Travis Kelce.

Reeves berkata pengurusnya ketika itu mencadangkan agar namanya ditukar supaya lebih sesuai dengan dunia hiburan Hollywood.
Antara nama yang pernah dicadangkan ialah “Chuck Spadina”, gabungan daripada nama tengahnya Charles dan nama jalan tempat beliau membesar.
“Nama tengah saya ialah Charles, jadi saya terfikir, ‘…Chuck?’” katanya.
“Dan saya membesar di sebuah jalan bernama Spadina, jadi jadilah Chuck Spadina,” katanya.

Selain itu, Reeves, 61, juga mendedahkan beliau pernah mempertimbangkan untuk menggunakan nama “KC Reeves” namun mengakui kurang selesa untuk meneruskannya.
Reeves akhirnya memutuskan untuk mengekalkan nama sebenar kerana berasa lebih yakin dengan identitinya sendiri.

Beliau turut menyifatkan pengalaman tersebut sebagai detik lucu dan tipikal bagi dunia hiburan Hollywood.
– Boom!









