Ramai peminat tidak boleh menerima keputusan penyanyi dan pelakon popular, Linda Rafar, untuk tidak lagi bersama kumpulan ELITE.

Tindakan itu dibuat pada 29 Oktober lalu melalui satu hantaran di Threads yang penuh beremosi.
“Hanya pada Allah SWT sahaja aku berserah. Maafkan Linda jika tak dapat sertai ELITE lagi.

“Sedih sangat.. nak tulis pun tak boleh.. semoga Allah SWT kuatkan Linda dalam apa jua keadaan. Sayang kamu semua,” katanya..
Pengumuman itu mengejutkan ramai pihak kerana pada September lalu Linda, kembali bergabung bersama Abby Abadi, Azza Zawari, Sasha Saidin dan Watie Sadali menjayakan konsert Elite Live 25 di Planery Hall, KLCC.

Peminat membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi dan doa buat Linda.
“Alhamdulillah. Saya rasa memang itu yang terbaik. Semoga Allah permudahkan urusan Kak Linda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Jaga diri baik- baik,” kata peminat.

Walaupun keputusan Linda Rafar itu membawa kesedihan kepada ramai, peminat tetap menghormati pilihannya dan mendoakan agar beliau terus kuat serta diberi kesihatan yang baik untuk menghadapi apa jua cabaran mendatang.
-Boom!









