Ahli kumpulan popular Korea Selatan STAYC, Isa, dilaporkan akan berehat sementara daripada semua aktiviti selepas dijangkiti COVID-19 dan virus Influenza A.

Agensi Isa, High Up Entertainment dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat dijangkiti influenza A dan COVID-19, Isa, tidak akan dapat menyertai sebarang aktiviti yang dijadualkan.

“Isa kini sedang menumpukan perhatian terhadap rawatan dan proses pemulihan mengikut saranan doktornya.

“Kami akan membuat keputusan berhubung jadual aktivitinya selepas pemantauan berterusan terhadap keadaan kesihatan Isa,” kata kenyataan itu.
– Boom!










