Bekas isteri pelakon veteran, Arash Mohamad, iaitu Noor Afidahwati Mohammad, mengesahkan rumah tangga mereka berakhir tahun lalu selepas 17 tahun bersama.

Beliau memuat naik penjelasan itu menerusi hantaran di media sosial serta menjelaskan tujuan perkongsian tersebut hanyalah untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
“Bismillahirrahmanirrahim tujuan posting hanya untuk elak fitnah dan salah faham.
Setahun sudah berlalu kini kami bukan suami isteri,” katanya di media sosial.

Ramai peminat memberikan doa dan sokongan moral kepada pasangan itu agar menemui ketenangan selepas perpisahan.

Perceraian bukan pengakhiran, tetapi langkah untuk mencari jalan terbaik demi kesejahteraan keluarga, terutamanya anak-anak.
-Boom!










