Aktivis sosial dan sukarelawan terkenal, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi, mencuri perhatian ramai apabila muncul komen yang menggelar mereka sebagai “kacip.”

Menurut laporan Harian Metro, istilah itu bermaksud seperti ‘masuk air’ atau ‘gila-gila’, namun kedua-duanya tidak terasa hati bahkan menganggapnya sesuatu yang menceriakan suasana.
“Saya tidak kecil hati pun,” katanya.
Gelaran itu mula tular di Threads selepas Heliza dan Hazwani dilihat saling berbalas komen mencuit hati di platform tersebut.

Mereka turut berkongsi pengalaman menyertai Global Sumud Flotilla, sambil menekankan pendekatan santai untuk menarik minat generasi Z.
“Kami cuba bina hubungan dengan generasi muda; kalau terus kongsi perkara berat, mereka mungkin tidak berminat,” kata Hazwani.
“Saya pun terkejut apabila ramai tanya ‘mana geng kacip?’ di media sosial. Ia bukan gelaran yang saya cipta, tapi saya jadikan ia sebagai cara untuk eratkan hubungan sambil berkongsi mengenai Palestin.”

Keperibadian mereka yang mesra, positif, dan bersahaja membuatkan ramai terus mengikuti perkembangan serta aktiviti kemanusiaan mereka di media sosial. – Boom!










