Agensi KINGKONG by STARSHIP menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap individu yang melanggar privasi pelakon terkenal, Yoo Yeon-seok.

Dalam kenyataan rasmi di Instagram, agensi itu memaklumkan bahawa terdapat beberapa kejadian melibatkan lawatan tidak sah ke kediaman dan ruang peribadi pelakon tersebut, termasuk penghantaran bungkusan dan surat terus ke rumah Yoo Yeon-seok.
“Segala tindakan seperti melawat kediaman artis, menceroboh ruang peribadi, menjejak jadual tidak rasmi, atau mendedahkan maklumat peribadi boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas,” jelas agensi itu.

Pihak KINGKONG by STARSHIP turut menyeru peminat untuk hanya menghantar hadiah dan surat ke alamat rasmi agensi sahaja. Mereka turut memberi amaran bahawa sebarang barangan yang dihantar ke lokasi lain akan dipulangkan atau dihapuskan.

Agensi itu menzahirkan penghargaan kepada peminat yang terus menyokong Yoo Yeon-seok serta memohon kerjasama semua pihak bagi memastikan keselamatan dan hak peribadi pelakon tersebut terpelihara.
— Boom!









