Pendakwah dan pelukis terkenal, Ustazah Asni Mansor, berkongsi berita gembira buat peminat apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Mounir Abdul Kareem Kaddoura.

Asni memaklumkan bahawa suaminya berketurunan Palestin dan merupakan warganegara Amerika Syarikat.

Menerusi hantaran di Instagram, beliau menulis kapsyen menyentuh hati:
“Ada takdir yang terlukis… Sakinah, Mawaddah wa Rahmah.
Secara rasminya saya isteri Mounir Abdul Kareem Kaddoura.
Terima kasih atas doa yang baik-baik ❤️
Suami saya Palestine, warga United States.”
Ustazah Asni sebelum ini bergelar ibu tunggal hampir lima tahun selepas berpisah dengan suami pertamanya.

Semoga perkahwinan Ustazah Asni kekal bahagia dan diberkati selamanya. – Boom!









