Ekspo keusahawanan SELBIZ 2025 dijangka menjadi lebih meriah dan inklusif dengan penganjuran SELBIZ Family Fun Run 2025, acara riadah santai yang menekankan penyertaan seisi keluarga.

Menurut Datuk Norman Abdul Halim, mewakili KRU Studios selaku pengurus acara:
“Konsep larian ini berbeza daripada yang lain kerana kami mahu menjadikannya aktiviti yang mengeratkan hubungan keluarga, sambil mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.”
Larian sejauh 5 kilometer di sekitar Shah Alam ini direka khas untuk semua peringkat umur, daripada kanak-kanak kecil hinggalah warga emas, bagi memberikan pengalaman riadah yang menyeronokkan dan mesra keluarga.

Dengan yuran penyertaan RM45 untuk dewasa, peserta akan menerima jersi rasmi dan medal penamat. Lebih menarik, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh menyertai secara percuma, dengan pilihan untuk mendapatkan jersi acara pada harga RM30.

Keseronokan tidak berakhir di garisan penamat — peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah Grand Bonanza bernilai ribuan ringgit, yang akan diumumkan minggu hadapan.

Acara penuh warna-warni ini bakal berlangsung pada 30 November 2025, bermula seawal 7:30 pagi di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini — daftar penyertaan anda sekarang di www.selbiz.my.
– BOOM!









