Nama Katy Perry, penyanyi lagu “Fireworks”, kembali menjadi tumpuan dunia hiburan — kali ini bukan kerana muzik, tetapi kerana aksi romantik bersama bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. Kedua-duanya dirakam bercium dan berpelukan mesra di atas yacht mewah milik Katy di Santa Barbara, California.

Justin, 53, pernah berkahwin dengan Sophie Grégoire Trudeau selama hampir 18 tahun sebelum berpisah pada 2023. Beliau juga mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Kanada dari 2015 hingga 2025, hampir sedekad memimpin negara itu.

Gambar intim Katy dan Justin pantas tular di media sosial, mencetuskan spekulasi hubungan baharu selepas penyanyi itu dikatakan berpisah dengan Orlando Bloom. Media antarabangsa seperti People, E! News dan Elle turut melaporkan kisah ini secara meluas, menjadikannya gosip global paling panas minggu ini.

Netizen pula terbahagi dua — ada yang melihat mereka pasangan serasi, manakala yang lain kekal skeptikal terhadap hubungan tersebut.
Namun satu perkara pasti: Katy Perry & Justin Trudeau kini pasangan paling “Boom” masa kini! – BOOM!









