Suasana penuh emosi di KLIA malam tadi bertukar cemas apabila pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, tiba-tiba rebah ketika mengendong anak kecilnya selepas kepulangan dari misi Global Sumud Flotilla. Mujur suaminya, Nadzmi Adhwa, segera mendapatkan bantuan dan Ardell dilaporkan stabil selepas menerima rawatan ringkas.

Kepulangan Ardell bersama 22 lagi aktivis Malaysia termasuk selebriti Zizi Kirana, Heliza Helmi, PU Rahmat dan Farah Lee disambut keluarga serta penyokong yang setia menanti sejak petang. Mereka baru sahaja dibebaskan selepas ditahan tentera Israel di pelabuhan Ashdod pada 2 Oktober lalu.

Meskipun berdepan detik sukar, kepulangan aktivis ini dianggap simbol keberanian rakyat Malaysia memperjuangkan solidariti untuk Palestin. Laungan “Allahuakbar” dan “Free Palestine” bergema di balai ketibaan, menjadikan malam penuh air mata syukur ini antara momen paling mengharukan dalam perjuangan kemanusiaan.
— BOOM!









