Industri hiburan Hollywood kembali panas dengan kemunculan pelakon maya berasaskan AI, Tilly Norwood, yang kini menjadi bualan hangat di media sosial. Tilly, figura digital sepenuhnya, diperkenalkan sebagai wajah baharu lakonan masa depan. Namun, ramai pelakon dan penggiat seni menganggap kehadirannya satu ancaman kepada seni lakonan manusia.

Portal antarabangsa melaporkan bahawa wujud bantahan terbuka kerana Tilly dianggap “merampas” peluang pekerjaan pelakon sebenar. Ada yang menyifatkannya sebagai langkah tidak berperikemanusiaan kerana studio lebih rela melabur dalam teknologi berbanding memberi peluang kepada bakat baharu.

Di media sosial, reaksi bercampur-campur. Ada yang kagum dengan kecanggihan teknologi, manakala sebahagian besar mengecam langkah ini sebagai bukti Hollywood semakin dikuasai AI. Perdebatan ini dijangka berlarutan kerana semakin banyak studio dikatakan sedang menguji pelakon maya untuk projek masa depan.- BOOM!









