Ratu pop dunia, Rihanna, akhirnya mencuri perhatian apabila membuat penampilan awam pertama selepas menimang cahaya mata baru-baru ini. Lebih menghangatkan suasana, beliau hadir bersama suaminya, A$AP Rocky, di sebuah acara fesyen eksklusif di New York yang dipenuhi selebriti terkenal.

Pasangan romantis itu kelihatan mesra berpegangan tangan serta berpelukan di hadapan lensa kamera, sekaligus mencetuskan keterujaan peminat yang rindu akan kelibat mereka. Media sosial terus dibanjiri pujian, dengan ramai netizen mengangkat mereka sebagai “couple goals” paling ikonik Hollywood masa kini.

Penampilan Rihanna dengan busana serba hitam yang elegan dianggap simbol ‘comeback’ penuh gaya, manakala imej santai Rocky dipuji sebagai pelengkap sempurna kepada aura glamor isterinya. – BOOM!










