Kecoh di Hollywood apabila pelakon dan penyanyi Max Ehrich, bekas kekasih Demi Lovato, dikaitkan dengan skandal memalukan di Instagram. Akaunnya dilaporkan digodam sebelum beberapa foto eksplisit tersebar kepada jutaan pengikutnya.

Imej tersebut sempat berlegar selama beberapa jam sebelum pihak Instagram bertindak menurunkan kandungan berkenaan selepas menerima ribuan laporan daripada peminat. Walaupun ada yang percaya gambar itu dimuat naik oleh penggodam, tidak kurang juga yang mula berspekulasi mengenai kebenaran disebalik insiden ini.

Peristiwa itu segera menjadi tular di Twitter, Reddit dan TikTok dengan nama Max Ehrich trending seantero dunia. Ramai yang terkejut, ada yang simpati, namun ada juga yang mengecam kerana menganggap selebriti seharusnya lebih berhati-hati dengan keselamatan akaun peribadi. – BOOM!










