Pelakon Ardell Aryana berkongsi ancaman mesej berbunyi “See you in jail” yang diterima daripada tentera rejim Israel sebaik pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berada di Zon Merah R3 sejak 9 malam tadi waktu Gaza.

Ardell turut berkongsi pasukan keselamatan Israel juga telah bertindak menyekat talian internet dan menghalang capaian komunikasi Kapal Mikeno yang dinaikinya. Menurut Ardell, dia kini sedang menunggu masa untuk melakukan siaran langsung semula serta memohon orang ramai mendoakan keselamatan dirinnya dan juga rakan-rakan GSF yang lain.

Setakat 4.30 pagi ini, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan tiga kapal misi GSF iaitu Alma, Sirius dan Adara telah diceroboh naik tentera Israel manakala lapan status kecemasan amaran peringkat tinggi telah diaktifkan. Difahamkan, kapal yang dinaiki penyanyi Zizi Kirana iaitu Huga juga telah dipintas tentera Israel. – BOOM!









