Siapa sangka ikon Hollywood, Michelle Pfeiffer, kini sudah bergelar nenek! Dalam satu wawancara eksklusif semalam, bintang berusia 67 tahun itu mendedahkan beliau sudah pun menimang cucu sejak tahun lalu. Michelle menggambarkan pengalaman baru ini sebagai sesuatu yang “syurga” dan membawa kebahagiaan luar biasa dalam hidupnya.

Pendedahan ini mengejutkan ramai peminat kerana Michelle jarang berkongsi kisah peribadi, apatah lagi tentang keluarga. Sepanjang kariernya, aktres filem “Scarface” dan “Batman Returns” itu dikenali dengan sikap profesional dan low profile di luar layar. Namun kali ini, Michelle tampil dengan sisi lembut sebagai seorang nenek yang penuh kasih sayang.

Ramai netizen teruja dan membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah, bahkan ada yang menyifatkan Michelle sebagai “nenek tercantik Hollywood”. Dengan penampilan menawan dan karisma abadi, jelas Michelle bukan sahaja legenda filem, tetapi kini simbol keanggunan dalam fasa baru kehidupannya. – BOOM!










