Trio legenda Norman, Yusry dan Edry kembali menggegarkan pentas dengan Konsert GenKRU The Finale yang kali ini diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pilihan lokasi terbuka ini memberikan nafas baharu, sekali gus mencipta pengalaman “reimagined” selepas penganjuran siri sebelum ini.

Konsert ini juga menandakan penamat kepada siri GenKRU yang telah berlangsung sebanyak lima edisi sebelumnya, menjadikannya simbolik buat para peminat yang setia mengikuti perjalanan muzik mereka sejak era 90-an. Dengan gabungan karya malar segar dan sentuhan produksi moden, GenKRU The Finale bukan sekadar konsert nostalgia tetapi sebuah persembahan yang mengangkat legasi KRU ke tahap lebih tinggi.

KRU, yang terkenal sebagai penerbit, pengarah dan komposer inovatif berteraskan teknologi, sekali lagi menjanjikan sebuah persembahan yang bakal menaikkan penanda aras baharu bukan sahaja untuk industri, tetapi juga buat diri mereka sendiri.

Bagi yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan malam bersejarah ini, tiket boleh didapati mulai jam 11 pagi pada 3 Oktober 2025 di www.ticket2u.com.my. Jom Battle. – BOOM!











