Ahli kumpulan Girl’s Day merangkap pelakon popular, Bang Min Ah, kembali mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa foto terbaharunya di media sosial pada 9 September lalu.
Menerusi kapsyen ringkas, Min Ah tampil ayu dengan gaya rambut bergelombang lembut sambil membuat ekspresi manja ke arah kamera.
Foto tersebut turut menonjolkan bentuk tubuh ramping serta pesona semula jadinya.
Peminat membanjiri ruangan komen dengan pujian, mengatakan Min Ah kelihatan comel dan gaya rambut serta solekannya sangat menarik.
Malah, ada yang berpendapat dia semakin cantik dari hari ke hari.
Sebagai info, Min Ah bakal melangsungkan perkahwinan bersama aktor On Joo Wan pada November ini.

Pasangan ini mula rapat selepas digandingkan dalam drama SBS, Beautiful Gong Shim. – BOOM!
Sumber: Instagram









