Pereka perkahwinan terkenal, Reka Teemor, telah mendedahkan konsep istimewa yang bakal digunakan dalam majlis akad nikah pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman, tidak lama lagi.
Bertemakan elemen Islamik yang elegan, konsep tersebut dinamakan ‘Zaus’, membawa maksud “pasangan yang ditakdirkan Ilahi” atau dalam Bahasa Inggeris, “My Divine Pair”.
@im_yourgirl06 Part last ni paling dramatic Kalau fokus tengok sampai habis boleh tahu Kak Long n Abg Long nikah kat mana nanti Dan ucapan dari sahabat sahabat FattMira buat jadi sebak tengok #amiraothman #fattahamin #setulustakdir #fyp #selamatpengantinbaru ♬ Warm and caring piano solo. / Long(1294947) – Minimal-8
Nama ini dipilih kerana ia melambangkan kesucian dan simbolik sebuah ikatan perkahwinan.
Majlis akad nikah pasangan itu akan diadakan di sebuah lokasi eksklusif dengan latar matahari terbenam, mewujudkan suasana romantis serta menenangkan.
Malah, kad jemputan juga diinspirasikan daripada elemen pantai bagi mengekalkan keindahan suasana tersebut.
Pelamin pula direka berkonsepkan seni Islamik yang ringkas namun bermakna, dengan sentuhan dekorasi tangga tinggi dan ruang bergambar yang santai tetapi tetap eksklusif.
Menurut Reka Teemor, tujuan utama konsep ini adalah supaya majlis itu bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga mampu “menyentuh jiwa”.
Untuk rekod, Fattah dan Amira bakal disatukan pada 14 September, yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Fattah ke-35.
Sebelum ini, Fattah mencuri perhatian ramai apabila melamar Amira secara terbuka ketika penyanyi itu berduet dengan adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu baharu mereka ‘Rasa & Takdir’. – BOOM!
Sumber: TikTok










