Rocketfuel Entertainment mencipta sejarah sempena Ramadan dan Aidilfitri 2025 dengan pelancaran tiga lagu Raya popular – Meriah Lain Macam (Hael Husaini & Nadeera), Nyam Nyam Ketupat (Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy), serta Dam Dim Dum Raya (Nadeera).
Ketiga-tiga lagu ini meraih lebih 1.7 bilion strim di YouTube dan platform digital – kejayaan luar biasa dalam sejarah syarikat.
Lagu Meriah Lain Macam menduduki No.1 di carta Malaysia & Brunei dengan lebih 16 juta tontonan dan trending selama 33 hari berturut-turut!
“Niat kami hanya nak sampaikan kemeriahan dan semangat Raya… Tapi bila lagu ni meledak, ia di luar jangkaan,” kata Hael.

Sementara itu, Nyam Nyam Ketupat menjadi lagu Raya paling ceria 2025 dengan hampir 8 juta tontonan dan memperkenalkan tarian tular.
Menariknya, bintang badminton dunia Victor Axelsen turut menggunakan lagu ini dalam hantaran TikTok!
“Melihat orang ramai menari dan menyanyi bersama sangat mengujakan,” kata Wani Kayrie.

Nadeera turut mencuri perhatian dengan lagu solo pertamanya, Dam Dim Dum Raya, yang mencatat lebih 800,000 tontonan.
“Walaupun persaingan sengit, sokongan peminat sangat menyentuh hati saya,” ujarnya.
Sebagai hadiah tambahan, versi AJL untuk Bukan Lagi Kita (Nadeera) dan Diam (Hael Husaini) kini boleh distrim di semua platform digital mulai 1 Mei 2025. – BOOM!










