Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

2022 Catat Satu Lagi Kenangan Manis, Suria FM Menang Anugerah Media Pelancongan Kreatif

26/12/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Selebriti
2022 Catat Satu Lagi Kenangan Manis, Suria FM Menang Anugerah Media Pelancongan Kreatif

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Suria FM terus mencipta kenangan manis di bulan terakhir tahun 2022 apabila mencatat sejarah memenangi anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 yang berlangsung di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur pada 16 Disember lalu.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, dia serta pasukannya berasa teruja dan pada masa sama meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan yang cukup bermakna buat Suria FM setelah 15 tahun bertapak dalam industri penyiaran tanah air.

 

“Kami di Suria FM ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Santai Travel dan beberapa rakan kerjasama lain seperti Islamic Tourism Centre, Tourism Malaysia, MiTDA kerana memilih Suria FM sebagai pemenang bagi anugerah berprestij kali ini.

Pengiktirafan ini akan menjadi satu batu loncatan buat Suria FM untuk terus membantu dan mempelopori sektor pelancongan di Malaysia dengan menghasilkan lebih banyak kandungan video kreatif di samping mempromosikan industri pelancongan seperti makanan, perhotelan dan sebagainya di stesen rangkaian kami,” katanya.Di samping itu, stesen tersebut turut menganjurkan sebuah acara iaiti #GrandstandSuria E-Sukan Piala Dunia 2022 bertempat di Cyberatorium, Menara Star baru-baru ini dan dihadiri lebih 100 tetamu. Program julung kali itu diadakan oleh Suria FM bersempena Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Qatar menjadi tuan rumah dalam usaha melebarkan sayap digital Suria ke platform ‘gaming’, selain inisiatif mereka mendekati pendengar setia yang sentiasa menyokong Suria FM melalui saluran digital dan media sosial Suria Malaysia.

#GrandstandSuria E-Sukan Piala Dunia 2022 pada minggu lalu dimeriahkan dengan perlawanan secara atas talian dibarisi penyampai Suria FM iaitu Ajak, Shuib,Tyzo serta selebriti tanah air seperti Luqman Podolski, Akim Ahmad, Tomok, Jaa Suzuran, Eric Fuzi dan ramai lagi!

“Jumlah tontonan live e-sukan ini mencatat lebih 3,000 tontonan di seluruh platform media sosial Suria FM. Kami di Suria FM juga dalam perancangan untuk mengembangkan program e-sukan ini ke pelbagai cabang seperti permainan konsol dan tidak hanya tertumpu kepada acara bola sepak sahaja,” katanya.

Edisi julung kali ini telah dimenangi oleh Luqman yang mengalahkan Putu Ceri daripada Kugiran Masdo melalui penentuan sepakan penalti. Tempat ketiga dimenangi oleh Tomok yang menewaskan Amir Floor 88 dan sebagai tanda penghargaan, para pemenang dianugerahkan piala khas Grandstand Suria dan cenderahati barangan eksklusif Suria FM seperti jersi edisi terbaharu bersempena ulang tahun Suria 15 tahun. – BOOM!

Previous Post

Ikat Tunang Setahun, Hafiz Mikail Minta Bakal Isteri Bersedia – “Netizen… Ada Saja Tak Kena!”

Next Post

Dakwa Suami Kahwin Lain, Puteri Sarah Bawa Diri Ke Jepun – “Sedap Makan Popcorn Dekat Sini”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Terima Kasih Semua!” – Luna Kritikal, Awal Ashaari Terharu Ramai Sudi Bantu!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd