Pelakon veteran Mak Jah mendedahkan pengalaman getirnya apabila mendakwa berdepan keganasan rumah tangga dan pengabaian nafkah selama 15 tahun.

Beliau juga mendedahkan sepanjang perkahwinan itu, bekas suami didakwa culas memberi nafkah sekali gus menyebabkan tekanan kewangan dan mental serius.

Mak Jah berkongsi pengalamannya di podcast Hitam Putih Suhan Channel pada 15 Disember lalu yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira.

Mak Jah menunjukkan kekecewaan kerana hak nafkahnya diabaikan, seolah-olah wangnya juga dikawal sepenuhnya bekas suami.
“Duit dia, duit dia… duit kita pun macam duit dia,” katanya.

Mak Jah berkata, dia gagal menamatkan kesengsaraan itu lebih awal kerana berdepan kekangan wang, situasi itu juga menyebabkan dirinya berada dalam keadaan ‘gantung tak bertali’ sejak berusia dalam lingkungan 30-an. -Boom!









