Pengarah terkenal, Michael Ang, lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan seorang individu yang menganggap makan Yee Sang adalah haram bagi umat Islam.
Menerusi hantaran di Instagram, Michael menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan menganggap individu terbabit sebagai ‘bodoh’ kerana Yee Sang bukan makanan ritual keagamaan, sebaliknya tradisi masyarakat Tionghua setiap kali Tahun Baru Cina.
“Siapa la yang ngok cakap makan Yee Sang tu haram. Yee Sang bukan makanan tradisional dari zaman Maharaja Cina ke apa. Dah-dah la nak melagakan orang dan ajar ajaran sesat ni?” katanya berang.
Tambahnya lagi, dia memuat naik hantaran itu selepas anak saudaranya yang berusia 13 tahun melarangnya makan Yee Sang kerana terpengaruh dengan dakwaan seorang ‘ustaz’ di TikTok.
“Tadi dinner makan Yee Sang, tiba-tiba anak buah saya tegur dan cakap dia tengok kat TikTok ada Ustaz cakap haram untuk orang Islam makan. Dia suruh saya jangan makan!”
Hantaran tersebut mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Ada yang menyokong pandangan Michael bahawa Yee Sang hanyalah budaya dan tiada kaitan dengan kepercayaan, manakala sebahagian lagi berpendapat lebih baik berhati-hati dalam soal hukum makanan.
Apa pendapat anda? – BOOM!