Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Melaram Gaun RM235,000, Dihasilkan Selama 400 Jam, Rossa Puas Hiburkan Peminat Di KL

10/11/2022
Mikha Mahkotaby Mikha Mahkota
in Celebrity, Global
Melaram Gaun RM235,000, Dihasilkan Selama 400 Jam, Rossa Puas Hiburkan Peminat Di KL

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Kerinduan para peminat terhadap penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa akhirnya terubat selepas dia akan muncul dengan persembahan Konsert Rossa 25 Shining Years di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu ini.

Rossa yang popular dengan lagu Tegar itu memberi bayangan bahawa konsertnya itu akan menampilkan perbezaan dengan konsert di kota-kota di Indonesia sebelum ini dan durasi konsert itu juga akan lebih dari dua jam.

“Nanti bintang jemputannya juga berbeza dengan di Indonesia. Dan ada senarai lagu yang berubah.

“Semua lagu-lagu saya yang popular pasti akan dinyanyikan dan susunan muzik itu juga berbeza dari konsert sebelumnya.

“Konsertya juga lebih dari dua jam, biasa hanya satu setengah jam sahaja tapi kali ini akan lebih dari dua jam dan lebih 25 buah lagu yang akan dinyanyikan,” katanya.

Tambah Rossa, konsert itu bermakna baginya apabila dia akan menggayakan busana hasil rekaan pereka fesyen ternama antarabangsa sehingga tular di media sosial dek kerana harganya yang mencecah ratusan ribu ringgit.

“Baju yang akan menjadi pembukaan konsert saya dibuat oleh Iris Van Herpen, seorang pereka dari Amsterdam.

“Baju itu dibawa ke Indonesia dan menjadi viral kerana harga baju itu mahal tetapi bukan sekadar harganya yang mahal tapi pereka itu sendiri yang memilih siapa yang boleh memakai baju hasil rekaannya.

“Baju ini dihasilkan selama 400 jam untuk konsert saya jadi saya sangat bebesar hati untuk memakainya,” jelas pelantun lagu Pudar itu.

Memilih Judika dan penyanyi tanah air, Hael Husaini sebagai artis undangan yang akan turut menjayakan konsert tersebut, Rossa berkata dia mahu rakan-rakan penyanyi berkongsi pentas dengannya dalam meniti usia lebih 25 tahun pembabitannya dalam industri muzik.

“Saya memilih bintang jemputan yang berbeza kerana saya mahu mempunyai banyak teman jadi saya ingin mengajak rakan-rakan saya untuk ada bersama dan merasai pentas 25 tahun saya.

“Yang akan menjadi artis jemputan pada malam tersebut ialah Hael Husaini,” ujarnya gembira.

Berbicara soal lebih 25 tahun bergelar penyanyi hebat Indonesia, Rossa meluahkan rasa gembira apabila namanya sering menjadi dambaan peminat tanpa mengira usia sehingga kini.

“Perasaanya ‘happy’ sangat, sebab selama 25 tahun saya menembusi generasi-generasi seperti saya sering membuat persembahan kepada pelajar sekolah jadi mereka selalu berkata mereka mula mendengar lagu saya dari kecil lagi.

“Lagu-lagu saya dihafal oleh anak-anak berumur belasan tahun itu buat saya berasa untung kerana tidak semua artis mampu melakukan itu,” tutupnya.

Pada malam konsert eksklusif itu juga, Rossa bakal menghiburkan peminatnya dengan lebih 25 buah lagu popular termasuk beberapa lagu yang tidak pernah didendangkan di Indonesia yang melibatkan empat pengarah muzik meliputi Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto. – BOOM!

Previous Post

Langgar Perintah Injuksi, Peguam Puteri Sarah Hantar Notis Kepada Ahli Keluarga Ira Kazar

Next Post

[V] Badan Zamani Kembali Tegak, Dibenarkan Keluar Hospital Dan Sambung Rehat Di Rumah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Slams Cheating Rumors – “I Got Close After The Divorce”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sweet Birthday Message From Karel Susanteo To Anna Jobling Steals The Spotlight

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Admits Mistake Regarding Puteri Balqis Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khai Bahar Hair Compared To Broccoli, Singer Admits It Wasn’t Cheap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Is Determined To Be Free Of Alcohol Addiction

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Recovering, Undergoing Physiotherapy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Willing To Become A ‘Grandmother’ For Secret Dates

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Faces Legal Action For Hanging Bras On Hollywood Sign

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar swears he was raped multiple times

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd