Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Mahkamah Perintah Ira Kazar Jauhi Dan Tidak Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah

04/07/2022
Rkive Kimby Rkive Kim
in Celebrity, Extra
Mahkamah Perintah Ira Kazar Jauhi Dan Tidak Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Wanita yang didakwa kekasih kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman dikemukakan Puteri Sarah dalam tempoh masa sebulan.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad pada Isnin.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan.

“Jika perlu jawab, kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Mahkamah perintahkan Ira Kazar jauhi rumah tangga Puteri Sarah

Menurutnya lagi, mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Dalam pada itu, peguam itu juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi.

Antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah,” katanya.

Sebelum ini plaintif telah mendapatkan perintah interim injuksi tersebut.

Permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan telah diterimanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik, peguam berkata setakat ini kedua-dua pihak belum lagi ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu.

“Kita bukan arrogant, asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Sarah),” jelasnya.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abdul Latiff.

Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, Sarah dan Ira tidak hadir, hanya mewakilkan peguam masing-masing.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.

Pada 30 Jun lalu media melaporkan Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar.

ARTIKEL BERKAITAN:  [VIDEO] “Maruah Saya Dah Tercalar” – Puteri Sarah Teruskan Hasrat Saman Ira Kazar

Kedua-dua tindakan tersebut dilakukannya hari ini sekali gus memerintahkan defendan (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.

Sarah sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan tersebut dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diwujudkannya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan Syamsul. – BOOM!

Sumber: Gempak

Previous Post

Cecah RM39 Juta – Mat Kilau Filem Terlaris Malaysia, Atasi Rekod Milik Munafik 2

Next Post

[VIDEO] “Doakan Dapat Haji Mambrur” – Heliza Helmi Penuhi Panggilan Allah Jadi Tetamu-Nya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Suffers Rib Fracture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Min Hee Jin New Label Hit With Plagiarism Allegations

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Shares Challenges Of Raising Children After Divorce

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Agency Responds To Alleged Tax Evasion Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Reveals Embarrassing Moment Involving Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd