Boom! Entertainment
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay
No Result
View All Result
Boom! Entertainment

Lesley Cheam Dimahkotakan Miss Universe Malaysia 2022, Tewaskan Calon Pilihan Ramai

09/10/2022
Enal Akimby Enal Akim
in Celebrity, Extra
Lesley Cheam Dimahkotakan Miss Universe Malaysia 2022, Tewaskan Calon Pilihan Ramai

Follow:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pengacara dan peragawati, Lesley Cheam, dinobatkan Miss Universe Malaysia 2022 (MUM 2022), sekali gus mewakili negara ke pertandingan peringkat dunia, Miss Universe 2022 yang dijadualkan pada tahun hadapan di Louisiana, Amerika Syarikat.

Lesley atau nama sebenarnya Lesley Cheam Wei Yeng, 26, menewaskan 12 peserta lain selepas juri sebulat suara memberikan kemenangan kepadanya dalam acara kemuncak yang diadakan di Bukit Kiara, semalam.

Selaku juara, Lesley bakal mewakili negara ke peringkat antarabangsa di Amerika Syarikat pada 14 Januari 2023.

Tidak menjangkakan kemenangannya, jelitawan itu mengakui saingan diberikan finalis lain amat sengit, namun bersyukur tuah berpihak kepadanya.

“Memang saya terkejut kerana rata-rata peserta lain sangat kompetitif pada malam ini. Mereka semua lakukan sehabis baik.

“Tanggungjawab membawa nama Malaysia akan digalas sebaik-baiknya. Saya akan perbaiki setiap kelemahan sebagai persiapan menyaingi wakil-wakil dari seluruh dunia di pentas antarabangsa kelak,” janjinya.

Aksi Lesley ketika memperagakan pakaian renang yang merupakan rutin wajib bagi setiap peserta. – Gambar: MUMO

Berkongsi pengalaman, Lesley akui berdepan masalah pada saat-saat akhir apabila gaun yang hendak digayakannya tidak padan dengan saiz tubuhnya.

“Sehari sebelum malam final, pereka busana saya terpaksa mengubah ukuran gaun kerana longgar.

“Itu antara cabaran yang saya tempuhi di sebalik persiapan menjelang acara kemuncak hari ini (semalam),” ceritanya yang mengakui sangat gementar melalui detik tersebut.

Pengarah MUMO, Elaine Daily (kiri) bersama tiga pemenang teratas MUM 2022 (dari kanan) Wan Ying, Lesley dan Arjunee.

Lesley dimahkotakan pemenang Miss Universe 2020, Francisca Luhong sementelah edisi 2021 tidak dapat dianjurkan gara-gara kekangan pandemik Covid-19.

Tempat kedua dimenangi peserta kegemaran ramai iaitu Ajunee Kaur, 20, seorang siswazah undang-undang dari Kuala Lumpur, manakala Wan Ying, 25, dari Pahang terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.

Francisca menyerahkan mahkotanya kepada penyandang terkini Miss Universe Malaysia, Lesley.

Peserta lain yang bertanding adalah Kavernna Nair Sukumaran, 26, dari Selangor, Varyne Foo Augustine, 20, KL, Theva Kasinathan, 27, Selangor, Siujane Wong, 25, Selangor, Kate Lai, 26, Melaka, dan Joann Tiong Hau Ping, 21, Sarawak.

Turut memberikan saingan di pusingan awal ialah Jingle Phan Jing Mun, 26, Perak, Clarissa Tay Wei Qi, 24, Selangor, Buganna S. Saravana Kumar, 24, Melaka, dan Asha / Annatasha Shanty Jeremiah, 25, Sabah. – BOOM!

Previous Post

“Kami Tak Tahu Pun Abah Sakit Jantung” – Bapa Pergi Mengejut, Nabil Ahmad Rasai Kehilangan

Next Post

Mata Dibutakan, Kaki Dijangkiti Kuman, Pak Lan Hanya Terlantar – “Sebak Dengar Rintihannya”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Today

  • Ayesha Khan Claims To Be A Victim Of AI Manipulation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P Of BIGBANG Announces Solo Comeback After Three Years Of Hiatus

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Of Stray Kids Donates 100 Million Won To Help Cancer Patients

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Speaks Out On Story About Daughter Being Humiliated Involving Fake Chanel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Magika Ice Cream, Collaboration Between Kruniverse And SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • A Wounded Heart Is Not A Barrier, Fazura Chooses To Forgive Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Singer Nubhan Files for Confirmation of Two Divorce Pronouncements — Seeks Court Validation for 2017 and August Talak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Desires A Wealthy Man Who Can Guide Her

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Week

  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Australian Activist Raises Funds To ‘Move Into’ Billie Eilish Home

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Restricted By Fashion Brand Following Tax Scandal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mexican TV Station Insults BTS, ARMY Defends Themselves

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Chooses Gold Over Cash

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Suddenly Loses Interest, Sparks Fans Concern

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rosé Blackpink Criticised For ‘Using’ Bruno Mars Name

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disappearance Of Savannah Guthrie Mother Raises Concern, Pacemaker Stopped Early Morning

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Clarifies Viral Video Of Bilal Is An Old Recording

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Cannon Salutes Fired To Mark The Birth Of Prince Mateen Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! This Month

  • Genocide Issue: BTS World Tour Sparks Boycott

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Ready To Become A House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Moves To Condominium, Sells Bungalow Furniture

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Safely Gives Birth To Third Child

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Invites Mia Sara To Confront And Resolve The Issue

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Defends Victoria Amid ‘Nepo Baby’ Claims Involving Brooklyn Heat Up

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Defends Her Stepfather

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Face Hit By Thrown Cigarette Box, Qi Reveals Unprofessional Incident

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Conviction Upheld, Sentenced To 10 Years’ Imprisonment

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Famous Male Actor Arrested For Testing Positive For Drugs

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Entertainment

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • English
  • Malay

All Rights Reserved © 2025 KRU Media Sdn Bhd