Tatkala masih ramai memperkatakan mengenai kehebatan filem Mat Kilau sehingga mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman, berlainan pula ‘nasib’ yang diterima oleh sebuah lagi filem tempatan, Gadis Jolobu The Movie (GJTM)
Ia berikutan filem arahan CL Hor itu telah menerima kritikan hebat daripada netizen di media sosial gara-gara beberapa kelemahan jalan cerita serta pembikinannya.
“Saya dah lama tak marah tengok filem, betul-betul mencabar kesabaran saya filem ini.
“Dah la lawak lucah buat malu sahaja. Yang ditunjuk-tunjuk bont*t itu. Apalah bang*ng sangat? Takkan tak ada seorang pun yang tegur benda ini?” komen seorang pengulas filem menerusi bebenang di Twitter.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Siapa Nak Kritik Filem Saya?” – Penerbit Gadis Jolobu The Movie Bakal Saman ZhafVlog
Selain didakwa mempunyai jenaka lucah dan merendahkan martabat wanita, poster GJTM juga dikatakan telah meniru sebuah poster filem Hollywood, Neighbors 2 : Sorority Rising.
“Lah tiru poster ke? Makin sedih. Poster pun plagiat,” komen mereka.
Sekadar info, GJTM yang dilakonkan oleh Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud ini menggunakan dialek Negeri Sembilan sepenuhnya. Filem bergenre komedi ini juga bakal dipasarkan di peringkat global kelak. -BOOM!